"Berilah nasihat, pertahankanlah hak, jadilah naungan yang teduh di waktu rembang tengah hari; sembunyikanlah orang-orang yang terbuang, janganlah khianati orang-orang pelarian! Yesaya 16:3
Tahun 2009 saya mengalami dugaan yang benar-benar melemahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan satu masa saya pernah berfikir untuk putus-asa. Hasil dorongan teman-teman dan berkat dari Tuhan yang memberi saya peluang untuk menemukan kata-kata renungan ketika melayari internet sangat menolong saya untuk terus berfikiran positif. Harapan saya supaya teman-teman yang sempat singgah di laman Santapan Jiwa ini juga boleh dimotivasi untuk meneruskan perjuangan hidup. Kata-kata yang ada dalam ruangan ini adalah sebahagian dari apa yang pernah saya baca dan saya berusaha untuk menulis kesemuanya dalam Santapan Jiwa ini dari masa ke semasa.
Wednesday, February 17, 2010
Kawan
Mencari ramai kawan memang mudah tetapi berbahagialah orang yang mendapat kawan yang tulus hatinya....
Saya dilahirkan di Kg. Talantang, Tandek. Mendapat pendidikan awal di SRK Talantang dan seterusnya sekolah menengah di SMK Kota Marudu dan SMK Mat Salleh Ranau. Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka bentuk di Sabah dan rekaan dalaman di International Center of Study (ICS). Pernah bekerja dengan beberapa syarikat sebagai Pelukis Plan, Pereka Perabot, Pereka Dalaman, Pengurus Projek dan sekarang bekerja sebagai Pengurus Bilik Pameran untuk kedai Lampu.
Saya seorang kristian namun saya juga menghormati pegangan agama orang lain. Saya berpendapat, fahaman agama yang berbeza bukan lah halangan untuk manusia menjadi kawan antara satu dengan yang lain.
Saya seorang yang suka belajar dan masih belajar untuk memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment