Tahun 2009 saya mengalami dugaan yang benar-benar melemahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan satu masa saya pernah berfikir untuk putus-asa. Hasil dorongan teman-teman dan berkat dari Tuhan yang memberi saya peluang untuk menemukan kata-kata renungan ketika melayari internet sangat menolong saya untuk terus berfikiran positif. Harapan saya supaya teman-teman yang sempat singgah di laman Santapan Jiwa ini juga boleh dimotivasi untuk meneruskan perjuangan hidup. Kata-kata yang ada dalam ruangan ini adalah sebahagian dari apa yang pernah saya baca dan saya berusaha untuk menulis kesemuanya dalam Santapan Jiwa ini dari masa ke semasa.































Wednesday, February 17, 2010

Kerja

Menunda kerja yang sepatutnya boleh dilakukan hari ini bererti menambah kerja yang harus dilakukan hari esok. Akibatnya kita akan selalu tidak cukup masa....
Sumber : Renungan Harian.

Orang yang menganggap diri dia sudah mahir dalam kerjayanya lalu berhenti belajar
maka orang tersebut pasti tidak akan kemana-mana dan tidak akan maju dalam bidang apa pun.....

No comments: